Tuesday, August 25, 2009

RAMADHAN

Ramadhan.

Lahirkan kesucian hati dengan amal ibadah..
Lahirkan ketenangan jiwa dengan mendekatkan diri kepada yang maha Esa.
Lahirkan rasa keinsafan antara umat kerana belum pasti dapat menyudahkan Ramadhan atau dapat menikmati Ramadhan akan datang.

Merungkai kerinduan kepada-Nya, kepada mereka yang tiada dan kepada mereka yang jauh di mata.
Membibit rasa ukhwah.
Menibar cinta azali.
Menanam benih keluhuran.

Menerbitkan rasa rendah diri
Menyulam syukur nikmat Illahi
Mengayam ikatan keislaman

Terbit rasa sedih dan gembira namun keredhaan yang dicari.
Kelapangan dada memberi noktah abadi.

Monday, August 17, 2009

CINTA vs MEMILIKI

Cinta dan memiliki sangat berbeza. Cinta merelakan pasangan hidup bahagia dengan kemahuan dan kehendak mereka, namun memiliki adalah keinginan untuk menakluki. Cinta tak semestinya dapat memiliki.. dan kini saya lebih faham... Keikhlasan dan belajar menerima keadaan seseorang seadanya. namun sebagai seorang wanita pastinya perasaan mementingakn diri sangat tebal, mempelajari erti bertolak ansur dan sentiasa cuba ikhlaskan diri di dalam setiap hubungan akan membawa kemakmuran. namun belum pasti mampu dilakukan tanpa kesedaran yang datang.

Lahir dari hati saya bahawa cukup sekadar mendapat kasih sayang tidak memiliki orang yang saya cintai. biarlah jika ini yang tertulis dari Allah bahawa ada hikmah saya tidak memiliki orang yang saya cintai. Doa saya agar dia bahagia. jika ini tertulis bahawa saya perlu meneruskan kehidupan saya tanpa orang yang saya sayang, saya minta Allah memberi saya kekuatan. Amin.

Friday, August 14, 2009

KELIRU

Kenapa apabila kehilangan baru kita terasa.

Kadangkala terlalu berterus terang juga tak difahami.
Kadangkala terlalu menjaga hati juga tak difahami.
Kadangkala terlalu cuba untuk mengerti juga tak difahami.
Kadangkala terlalu mementingakn diri juga tak difahami.

Kadangkala sentiasa menyakiti hati sendiri untuk kebahagiaan orang lain.
Kadangkala kepentingan diri dibiarkan agar orang lain merasa kepentingan diri mereka.

Kenapa perkongsian kadangkala menjerat hati dan sanubari.
Kenapa perbincangan tak dapat wujud walaupun usaha telah dibuat.
Kenapa perlu mencipta bahagia kalau tahu kebahagiaan itu sangat jauh untuk dicapai.
Kenapa perlu mengatakan cinta jika cinta tak dihargai.