Tuesday, November 3, 2009

Yesterday the blues day..how bout today????

Yesterday...yeap its was Monday blues yesterday.. i had no mood to work n my mind don't know was not function in a good way. I told myself what had happened to me? yeap TAK IKHLAS keje..hahah its so obvious leh..minat n rasa cinta kat tempat keje tak ada..so im just doing my work without doubt n carry on just to get my salary..hahaha

mmm so far my home n working place need 30 to 45 min journey.. yeap tired while driving n i hate JAM..jam can make me sleepy n it so dangerous to me...can u feel what i'm feel? hahah mengantuk during driving its happen to me..eraly morning need to wake up n prepare to go work. aiyo for 5 year keje dekat n no need to hurry in work..i can take my own sweet time n start my work.. no difference as all need early no management..aiyo...that in office la...

This morning itself hampir xcident while driving again 7 cars n a bike bump each other...huhuh Allah safe my life la...

I'm hopingtoday my working journey will help to improve my work attitude..mmm malas nak pk but have too.

hoping Allah will permudahkan..

Monday, November 2, 2009

PV

hi today i g=have a date with Nani n Erin my housemate.. walawei its in PV..its been a few months have not go there..mmm Nani wanna to find jacket there n i as usual oni cuci mata..

hectic job this week again n i wanna rest myself with fren which gila2.. i miss my kampung again but my family had promised that they will come this weekend..hahahaha i love they ol..FRIDAY til sunday oldo I'm working but at least release my tension..LOL

Hei today itself i found out my fren from uni..miss them n happy to see they all are in a good CONDITION..aiyo..apa ra my bahasa.. whos care? u... i peduli apa..

working here like really no mood always everyday.. tak ikhlas la keje sini but how to do n wat to do..hahahah but it obvious im working without full of heart.i hate this feeling... tapi susah nak carik keje now a day so taram jek la..hahahaha

last minute got urgent job from my boss n try to find out is it can work out or not.. but i hanya nak keje til kul 6 tapi my boss masihlagi di sini how ya...must submit everything latest by wed.....hahaha suak la..

wei my post title tak ada kena mengena with my story today kan...

Saturday, October 31, 2009

im kampung with Mak n my sisters..mmm feel good being here..

love being here..feel all the problem gone by it wing..can u imagine it? hahaha

makan n makan never stop n i know i can gain weight if stay much more longer in kampung.but tak salah kan.

being a kampung girl... i love... teach me a lots of kampung life style/religion n i'm thankful to Allah delivered me as kampung girl.. not to blam town girl but have u has a same opinion like me..Raya oo cuti panjang will back to hometown..that the great..our life style such a different than town girl..yang penting udara segar...tenang..

no wonder if back to nature make u feel younger than ur real age...hahaha do u agreed with me?

hei i bet u will miss ur kampung n people out there yang tak ada kampung will JELES..LOL...

Friday, October 30, 2009

kampung mood

at last dah dekat nak balik baru rasa nak tulis in this blog..

its already kampung mood. my backbone still paint and i know only the pain killer n the cream can help me now.. really2 pain n i can't take it already..but need to bertahan. its started this morning during im driving to my office. aiyo its jam really n lucky im not acciddent. the crv car n kancil like poyo suddenly break..lucky the lorry in the 2nd lane drive in control so that during im trying to avoid the crv tak terlanggar la.but he hond me..like in india HOND ME PLS...hahaha

Did it happen cos im careless oo dunno la. but the obviously is im tire..since wake upearly in the morning the pain already there...THERE..u see there....

mmmm worst thing is im bore..ya la kampung mood already here..hahah my mum, sisters, nieces, nepwes n so on...waiting me there... n my flight opz my bus is 9am..so early kan..hahah i excited already i tell u.

a lesson 4 today during my work time..advisable from my bro..bodek ur boss to get her/his trustworthy... can u do that???? answer me...LOL

actually i can agree with my brother but to agree also as we need work n need boss to thrust us to work..but BODEK MEMBODEK is not me la.. thats the problem.. n im so hairan y people like to BODEK??? indeed it is not good for ur future career what???

think i need to stop here...lets see u ol in fb n on9.. ohya missing my SAYANG..ops boleh ke..who???? u he him she her..hahah everybody i sayang..must thing bb DUEN...DAYAH..DANIAL..3D...soo nice...n 3A...

i feel good...

Thursday, October 29, 2009

dah mula....

mm setelah beberapa lama menyepikan diri,,,aku keluar dari kepompong ni..sebenonya dia yang buat aku sakit jiwa..huish nak berenti keje jek jadik nye..tapi sekarang susah nak carik kije..so SABAR...................

apa la pekdahnye buat macam tuh...mood dah tak ada...buat kije pun ntah apa2.. yang pasti napa macam tuh..ada ke patut dibuat macam tuh..atau memang cara kije dia macam tu...ntah la...

semua dianggap salah yang betul dirinya saja..semua org salah tak ikut prosedur la n so on...tapi dia macamana???alamak..peot la..

Tuesday, August 25, 2009

RAMADHAN

Ramadhan.

Lahirkan kesucian hati dengan amal ibadah..
Lahirkan ketenangan jiwa dengan mendekatkan diri kepada yang maha Esa.
Lahirkan rasa keinsafan antara umat kerana belum pasti dapat menyudahkan Ramadhan atau dapat menikmati Ramadhan akan datang.

Merungkai kerinduan kepada-Nya, kepada mereka yang tiada dan kepada mereka yang jauh di mata.
Membibit rasa ukhwah.
Menibar cinta azali.
Menanam benih keluhuran.

Menerbitkan rasa rendah diri
Menyulam syukur nikmat Illahi
Mengayam ikatan keislaman

Terbit rasa sedih dan gembira namun keredhaan yang dicari.
Kelapangan dada memberi noktah abadi.

Monday, August 17, 2009

CINTA vs MEMILIKI

Cinta dan memiliki sangat berbeza. Cinta merelakan pasangan hidup bahagia dengan kemahuan dan kehendak mereka, namun memiliki adalah keinginan untuk menakluki. Cinta tak semestinya dapat memiliki.. dan kini saya lebih faham... Keikhlasan dan belajar menerima keadaan seseorang seadanya. namun sebagai seorang wanita pastinya perasaan mementingakn diri sangat tebal, mempelajari erti bertolak ansur dan sentiasa cuba ikhlaskan diri di dalam setiap hubungan akan membawa kemakmuran. namun belum pasti mampu dilakukan tanpa kesedaran yang datang.

Lahir dari hati saya bahawa cukup sekadar mendapat kasih sayang tidak memiliki orang yang saya cintai. biarlah jika ini yang tertulis dari Allah bahawa ada hikmah saya tidak memiliki orang yang saya cintai. Doa saya agar dia bahagia. jika ini tertulis bahawa saya perlu meneruskan kehidupan saya tanpa orang yang saya sayang, saya minta Allah memberi saya kekuatan. Amin.

Friday, August 14, 2009

KELIRU

Kenapa apabila kehilangan baru kita terasa.

Kadangkala terlalu berterus terang juga tak difahami.
Kadangkala terlalu menjaga hati juga tak difahami.
Kadangkala terlalu cuba untuk mengerti juga tak difahami.
Kadangkala terlalu mementingakn diri juga tak difahami.

Kadangkala sentiasa menyakiti hati sendiri untuk kebahagiaan orang lain.
Kadangkala kepentingan diri dibiarkan agar orang lain merasa kepentingan diri mereka.

Kenapa perkongsian kadangkala menjerat hati dan sanubari.
Kenapa perbincangan tak dapat wujud walaupun usaha telah dibuat.
Kenapa perlu mencipta bahagia kalau tahu kebahagiaan itu sangat jauh untuk dicapai.
Kenapa perlu mengatakan cinta jika cinta tak dihargai.

Friday, July 17, 2009

Buih-buih cinta BAB2

“Mama, nanti praktikal Eiman dengan Nabila nak try dekat PETRONAS KLCC, Auntie Yasmin said try minta sana”

“Suka hati Eiman, Mama tak ada masalah but why not try Uncle Zane punya company?” Balas Natasha.

“Uncle Zane, kemut la Ma. Susah nak minta praktikal sana kecuali Mama yang ayat Uncle Zane” Senyap

“Ma kan, adik tercinta Uncle” Eiman menyambung bicara lagi dengan senyuman sinis di mukanya.

Natasha faham benar dengan keletah puteri tunggalnya.
“Mama dah tanya lah, he ask you to meet him up. He want to look into you 1st before say something. He knows you, CEREWET”. Balas Natasha tanpa pamit.

“Opz Ma, you are doing something out of the box. Ok I call and will arrange appointment with him” Perasaan gembira jelas terbayang di raut wajah Eiman. Memang sudah menjadi idaman hatinya untuk membuat praktikal di ZANE MEDIA. Syarikat pembekal produksi pengiklanan, drama-drama dan perintis komunikasi tanpa jaring salah satu syarikat telekomunikasi terkenal negara. Namun dia sedar bahawa pak ciknya itu seorang yang sangat cerewet sepertinya. Sentiasa inginkan kesempurnaan dari hujung rambut hingga hujung kaki.

“Thanks Mama, I love you. Mama memang Mama terbaik dunia” itu sahaja yang dapat diutarakan Eiman. Sesungguhnya dia bertuah walaupun tiada ayah namun kasih sayang Mama, dan keluarga sangat melimpah ruah. Namun naluri Eiman berbeza dengan Nabila yang tidak suka kerja lasak lebih kepada kerja-kerja pejabat. So terpaksalah mereka berpecah walaupun dia telah mencuba nasib di PETRONAS bersama Nabila. Bakal dikhabarkan kepada Nabila jika Zane Media mahu mengambilnya sebagai pelajar praktikal.

ZANE MEDIA
“Assalamualaikum, boleh saya berjumpa dengan En. Zane?” tanya Eiman kepada penyambut tetamu bernama Julia.

“Waalaikumussalam, Cik ada temu janji ke?” Balas si gadis.

“Emm saya Eiman Imran, temujanji saya jam 11 pagi” Jelas Eiman senang.

“Sebentar ya, Cik boleh tunggu di bilik menunggu, silakan”

Sambil menunggu kedatangan orang yang dinantikan, Eiman sempat membelek-belek majalah TIMES, ternyata muka hadapan majalah tersebut adalah Uncle Zanenya yang cerewet.
“Ya Allah, Uncle masuk magazine.. poyos la tapi Uncle maintain handsome. Emm Successful CFO begin with hard work”. Eiman berkata sendirian.

“Assalamualaikum, Eiman seorang saja?” Sapa Zane kepada Eiman.

“Waalaikumussalam.. heehhe Uncle buat orang terkejut jek. Mana orang datang sorang-sorang.. ada driver hantar la”. Jawab Eiman ringkas.

“Ma kirim salam, Ma pesan bagi Eiman praktikal sini and better give me an allowance during my practical” Senyum kambing.

“Banyak la… I want to look into you cv 1st then decide nak ambil you or not” Bals tegas Uncle Zane.

“Kerja is kerja ya… no saudara mara” balas Zane sambil membuka pintu dan mengarahkan Eiman berjalan mengikutnya.

“Mahfuza, this is new practical student. She will be under Shana. Give the necessary job to her for this moment”. Arah Zane kepada pekerjanya.

Terkejut Eiman kerana sangkanya dia juga akan melalui detik interview seperti kawan-kawan yang lain bagi mendapatkan latihan amali atau praktikal tapi kini dia terus diarahkan melapor diri. Uncle Zane hanya tersenyum dan meninggalkan Eiman bersama Head HR Zane Media.

“Your name Eiman Imran, Age 23 years old. Your cv handed to us last week and En. Zane had mention it during meeting for practical student intake February. Hmm you are lucky girl your cv quite strong for this job. But don’t worry although I knew you are Zane’s niece but from your cv nobody can complain lah”

“By the way Eiman, nobody know you are Zane niece so now it is up to you to prove everybody you can do better here. Shana is fussy manager. She want all in tip top condition before launch or production start. Be aware ya dear. And one more thing please ask if you not clear in any task that you will handle. No harm to ask if you got problem. Remember ya”. Jelas Puan Mahfuza tanpa diminta.

Tanpa kata hanya anggukan di buat oleh Eiman.

Puan Mahfuza seperti dapat mengagak kecelaruan minda Eiman tanpa perlu ditanya dia terus menerangkan. Bermulalah detik pembelajaran dan mengamalkan apa yang telah dipelajari di uni. Di sini Eiman berjanji akan membuktikan bahawa dia adalah seorang wanita yang mampu berjaya seperti Mamanya. Tugas yang bakal disandang ialah pembantu produksi siaran drama. Eiman ditinggalkan di meja tugasnya sementara menunggu Shana ketua barunya.

“You Eiman Imran, mmm can you make photocopy for this schedule.. I’m Shana. Don’t worry later we having meeting and you will know further duties you need to cover”. Terang Shana Pengurus Produksi Zane Media.

“Ok, no prob. But I only will start my practical next week so should I attend the meeting?” tanya Eiman inginkan kepastian.

“Oh Gosh, I lupa Mahfuza had told me about it. I think it is better you come along since the meeting is for our next shooting Poco-poco” terang Shana terus terang.

“Ok I will be there, when and where the meeting will be held?” Eiman bertanya lagi.
“Tomorrow, 10 am conference room. Don’t be late and all the best”. Balas Shana lagi tanpa pamit.

Senyuman saja yang dapat diberikan Eiman tatkala Shana menolek ke arahnya.

“Fuh belum-belum lagi dah kena attend meeting yang tak tahu hujung pangkal”. Ituah yang difikirkan Eiman tatkala intercome berbunyi memanggil namanya untuk masuk ke bilik En. Zane. Kelam kabut dibuatnya, lantas bangun menuju ke bilik si pemanggil.

Pintu diketuk. Pejabat En. Zane.

“Hah Eiman, how is the introduction just now? Uncle harap everything will be fine. Shana very straight to the point, dedikasi and fast thinker. She tak suka lembik-lembik and you kena buktikan yang one of the successful practical student yang digilap dari Zane Media”. Terang Zane.

“By the way. Project under Shana will start next week. And maybe this week you will be busy. MM Uncle faham you only will start next week kan tapi Uncle dah minta kebenaran dari your uni untuk lepaskan you awal since you tak ada final exam kan?” Jelas Zane dengan panjang lebar.

“Huh all Uncle dah plan ke?” tanya Elman terkejut.

“Well your lecturer kan kawan Uncle, Dr Samat, he told me that you will not sitting for the final exam as you had submited your final project last week. So you can start your practical today”. Balas Zane tanpa memberi peluang kepada Eiman mencelah.

“Wel prepare ya, ni mesti Mama yang cadangkan. Nampaknya I don’t have any choice”. Balas Eiman seperti kecewa.

“You macam tak suka saja?” tanya Zane lembut.

“Nope, Im happy Cuma terasa cepatnya I need to leave my colleague. Tak pa insyaAllah Eiman will do sehabis baik. I want to prove that I can do better then what you aspect”.
“Thanks Uncle cos you give me chance to do my practical here”. Balas Eiman.

“OK All the best, ada masalah cakap jangan simpan seorang. Jangan hampakan Uncle”. Minta Uncle Zane.

“Ok as today I give a chance for yo untuk balik awal cos tomorrow you nak kena ada awal di office. Ada meeting kan?”. Jelas Zane tanpa diminta Eiman.

Perbualan tamat dan Eiman memulakan tugas barunya sebagai seorang pelajar praktikal di Zane Media.

“Fuh Uncle had planed softly and really great.. MM Mama pun berpakat sama nampaknya”, melayang fikiran Elman.

“Eh mak cik ke tepi sikit nanti terlanggar karang”, kata seorang pemuda yang menolak troli mengangkat peralatan pengambaran.

“Adoi.. eh tak nampak ke orang kat sini ni?" balas Eiman geram.

“Saya dah sound awal-awalkan, cik adik yang tak perasan kan. Bukan salah saya yea”. Balas Idhham.

“Ya Allah dah lah langggar orang tak tau nak minta maaf pulak” getus hati Elman.
“Ish….

“Mak Cik kalau nak berangan balik umah yea. Sini tempat kerja bukan tempat nak berangan-angan” Balas Idham selamba.

“Ish.. Apa mak cik –mak cik. Ketuk kang..” dengan muka menyinga sambil memegang fail untuk memukul Idham.

“Nasib baik sempat mengelak kalau tak habis kepala aku benjol, tapi cute juga budak baru ni”, Idham berbisik sendirian...

Tuesday, July 7, 2009

kasut tumit tinggi

kasut tumit tinggi... JIMMY CHOO, LEWRE, SEMBONIA, CARLO RINO, YXL, GUCCI, PRADA, VINCCI, NOSE, GUESS ...mm all branded or designer name will catch up ur eyes especially women. mmm why marilyn moore love high heel??? obviously it to show kelebihan dan keseksian wanita. yang tonggek bertambah tonggek.

As a consumer/buyer, before you want to buy any high heel just make sure it will support your bone and safe to ware. the design itself confortable to ware and keselamatan. ini sebab adalah semakin tinggi sesuatu kasut yang kita pakai bebanan berat badan akan ditanggung oleh hujung kaki, ia berbeza dengan flat shoes yang mana bebanan berat badan ditampung penuh oleh tapak kaki.

Pakar kraf dalam bidang mereka dan menghasilkan tapak, kasut serta kaki palsu terkenal Jerman, Guido Fahrentrapp, berkata, pemakaian kasut tumit tinggi yang berterusan boleh menjadikan tapak kaki melengkung serta kesakitan belakang.

Fahrentrapp yang juga pakar kasut untuk jenama terkenal, Schein, berkata, pengumpulan tekanan di bahagian tulang metatarsal kaki menyebabkan ia mudah cedera dan mengganggu sistem saraf belakang.

Kita sering merungut mengenai masalah kaki atau tulang belakang pada tahap tertentu dan pada kebanyakan masa, masalah itu berkaitan dengan kaki.

Bukan sahaja ketinggian sesuatu kasut malahan juga keselesaan semasa memakainya. Pengguna digalakkan untuk membeli kasut di waktu petang. ini disebabkan kaki kita akan mengembang pada waktu petang. dan saiz kaki kita akan berbeza antara kaki kanan dan kiri. Dalam erti kata lain jangan menyiksa diri untuk kelihatan cantik. berat badan yang tidak dapat ditampung dengan betul oleh kaki akan menyebabkan pelbagai penyakit. terutama sakit tulang belakang. oleh itu bergaya biar berpada. Seeloknya wanita digalakkan memakai kasut bertumit tinggi di dalam lingkungan 4 jam. diselangselikan dengan memakai flat sandal. ini sebab untuk mengelakkan kecederaan yang tinggi kepada tulang belakang.

Marilah kita sama2 vouge tetapi tetap maintain sihat.

Tuesday, June 30, 2009

Strawberry Coffee...

People who love to drink coffee should try this flavour. ummm it is a nice strawberry coffee. the aromatic of strawberry n coffee make can awake u from sleep. it is fresh and give u energy. Once u try u will fall in love with it...

the taste sweet and slightly bitter can make u awake... the strawberry taste had blend together i tell you... wow its so nice. I love to drink it....its come from cameron.

Monday, June 29, 2009

soon to leave.

Hei been another 25days im in UA... meaning soon to left UA behind. mmmm happy to leave them coz im gonna b free n wanna appreciate myself more.

in the same time im searching for new job although i had got one in Damansara but still trying to find another job in kl. meaning im soooo confortable in kl instead Damansara o KJ o Shah Alam.. near to my home town, near to my family n i hated to drive jauh2. but all need to sacrifise n i need to do so. hmmmmmm happy ke? mungkin n memang i happy.

CATCH a big fish la... kuangkuang

Tuesday, June 23, 2009

Buih-buih Cinta...

BAB 1

Eiman...
"morning Mama, muahhhhh", satu kucupan hangat di dahi mama tercinta. Eiman hasil perkongsian hidup Natasha dan Imran.
"morning Dear, dah siap sedia for the class?" pertanyaan lembut seorang ibu untuk si anak.
"Yeap, I'm ready for it..and Ma, I believe this year i got dean again." kenyitan mata untuk Mama tercinta. Imran telah lama meninggal dunia semenjak Eiman berumur 6 tahun. Eiman mengenali Imran melalui foto-foto kenangan Natasha. Itu pun tak banyak foto yang tinggal akibat kebakaran tersebut.

"Ma, Eiman nak jumpa Nabila terus lepas jog today. Eiman nak discuss tempat untuk praktikal" jelas si anak.
"Ma, no prob but you jangan nak mengada terlalu lewat nak balik ke rumah."
"Ma ada meeting sampai petang sambung malam dinner with AD Advertising. Ada discussion with MD about new project. So take care jangan notty ya!!" balas Natasha panjang lebar.
"Baik Mem, faham lagi jelas, muahhh wek" sambil berlari anak Eiman mengelak dari dicubit.
"Nakal!"
"Anak Mama... bye Ma"
"Safe journey"

Sayang, if you are here, our princess dah besar. She pretty, smart and had charisma like us. She like SENI like us. I miss you Sayang. Mengelamun sebentar.


Pejabat.
"Pagi Puan" Zulaikha menyapa Natasha.
"Pagi Ika, how are you?" dengan senyuman mesra balasan dari Natasha untuk PA tersayang.
"Puan, pagi ni ada meeting with Encik Zarin dari Petronas Dagang about new ad untuk ikhlan raya, after lunch meeting with Madam Ivan di Damansara Perdana about belanjawan MAS temtation booklet and last to night with our MD at Sheraton, KL about AD advertising new project" Jelas Ika atau Zulaikha mengenai agenda Natasha.
"Ok my good PA, I will remember it"balas Natasha
Saban hari hampir penuh jadual harian Natasha. Kadang kala mengundang ke malam hari namun semua itu dihadapi dengan berfikiran positif.

"Hello, Assalamulaikum...Lin"
"Hello, Waalaikumussalam, yes NATASHA THE GREATEST WOMAN, apasai?" jawan Lin kawan karib Natasha...
"I arrange a sweet dinner on this coming Sunday at my house. we masak together for my beloved princess. Her birthday coming soon, you free tak?."
"Copz you said you arrange and last sentence said we???" balas Lin bersahaja
"Yes I want to arrange sweet dinner but need you tolong amoi. Boleh tak?"
"Ok no prob tapi.... bukan next week ke?"
"Yeap I tau but next week dia dah kat USM. Mana ada masa nak terbang or drive my dear?. Tak pa buat awal.. makan sendiri tak jemput sapa pun." terang Natasha.
"Ooooo ok, kawan baik dia pun tak ajak ke?"
"Nabila ajak boleh la"
"Boyfren dia tak ada ke? Aku bawak anak aku Liana dan Rayyan la, suami aku tak ada dia oversea."
"Belum ada boyfren, ahah bawak sekali kembar kau" jawab Natasha.


Ahad minggu,
"Happy Birthday Sayang,Mama buat makan-makan awal sikit coz you gonna in USM next week" ciuman sayang si mama kepada anak tercinta.
"Thanks Ma, you are the best Mama in the world".Sambil memeluk Mama tercinta. Pada Eiman tak perlu hadiah mahal cukuplah kasih sayang dan perhatian mama tercinta untuk hadiah harijadinya.
"Auntie Lin baking cup cake for you, Liana making puding jagung kegemaran you and Rayyan decorate the lovely poem for you birthday" sambung Lin setelah selesai dua beranak berpelukan. pelukan bertukar antara Eiman, Lin dan Liana. Rayyan dan Natasha hanya tersenyum melihat gelagat mereka.
Nabila sibuk mengambil gambar untuk kenang-kenangan Eiman
"Wei Cik Nabila, you tak mau wish I ke? asyik with the camera." selamba Eiman menembak teman baiknya.
"Hehehhe selamat tambah umo.. ko lebih tua dari aku le...aku baru 22 tahun ko dah 23 tahun...hahah" mereka berpelukan erat.
"tak da maknanya, anyways thanks coz kau pun menyibuk kat sini."cubitan di pipi Nabila menyebabkan jeritan kedengaran. semua yang ada kelihatan gembira namun kegembiraan itu masih terselit kedukaan di hati Natasha kerana suami tercinta tiada bersama untuk meraikan hari lahir puteri tercinta.

LOVE YOU IMRAN.

Thursday, June 18, 2009

shopping

shopping...


i love shopping, one of the theraphy that i know. wow... but how if we b a shopaholic??? i had made the quiz for it... lucky im not soooooo TERUK..


bukan kah shopping bole buat orang yang duka jadi gembira.. stress level jadi ok n PUAS HATI... adakah kita ni shopping in smart shopper way ooooo tertipu. atau shop sebab nak menunjuk barang baru kat orang lain. sale ada di mana2. terlalu banyak... katanya ekonomi tak elok tapi rata2 tempat penuh dengan orang ramai untuk shopping. macam ekonomi in really level yang elok saja.... padahal gaji yang kita terima tak naik2 for swasta la... yg kerajaan ok lagi.


harga barangan juga naik tanpa kita perasan... tapi tak semua orang perasan during shop.. end up the way is goes for the offer or warehouse sale...macam offernutz.com... i found it really help.


kenapa kita menjadi shopaholic/gila berbelanja?

kad kredit

hi... kad kredit ada mendatangkan kebaikkan dan keburukkan. tapi di Malaysia ramai menyalahgunakan kebaikkan kad kredit yang ada sehingga mempamerkan keburukkannya. Ramai di isytihar MUSLIS kerana kecuaiannya... tapi adakah ini kesalahan kita sahaja? kuasa membeli memang di tangan kita tapi sejauh mana kuasa membeli itu diguna pakai sebaik mungkin oleh orang ramai? adakah kerana gaya hidup mewah, tuntutan hidup/keperluan hidup?

rata-rata penduduk Malaysia pasti memiliki kad kredit... ada yang sanggup membuat pinajaman peribadi untuk membayar hutang... macamana tu?